Bahan-bahan:
- Pucuk paku (kutip kat belakang rumah je :-)
- 2 cawan santan / 1/2 biji kelapa
- Sedikit ikan bilis/udang kering
- 6-10 biji cili padi
- 2 ulas bawang merah
- 1/2 sudu tea serbuk kunyit
- 1 kuntum bunga kantan
- 1 batang serai
- 1 cawan air
- 1 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
1. Tumbuk / kisarkan cili padi, bawang merah & ikan bilis.
2. Kemudian ketuk serai manakala bunga kantan dihiris halus-halus
3. Masukkan kesemua bahan ditumbuk bersama pucuk paku ke dalam periuk.
4.Masukkan air dan kacau sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih bolehlah masukkan santan, asam gelugor serta garam dan kacau sehingga masak.
6. Setelah masak bolehlah dihidangkan untuk santapan keluarga anda...
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN... :-)