Me...NOR FAZILAWATI BT BAHAR
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T akhirnya dapat juga saya buat
blog yang simple ni...
walaupun tak gah tapi ok lah untuk sebagai
tontonan/sumber rujukan dan salah satu langkah untuk
saya tingkatkan
hasil kerja saya..sebelum ni saya bekerja swasta habis belajar je terus kerja, tak
minat langsung nak cebur diri dalam alam perniagaan apa lagi belajar menjahit la, soal jual beli lagi tak
pernah ambil kesah...selepas berkahwin, En. Suami mula cerita sedikit demi sedikit selok belok alam
bisnes...dan saya mula bekerja dengan En. Suami dalam bisnes familinya... dan bermulalah minat sikit
demi sedikit...tapi secara kecil-kecilan je la. Semoga saya semakin maju dalam bisnes, AMIN...
'J@Ri jEm@Ri Ej@'.....emmmm best ke, tajuk blog saya?? saya suka, saya suka..huhuhu mesti ramai akan cakap ni mesti pengaruh daripada cerita kartun 'Upin &Ipin' kan? walaupun cerita kartun tersebut cerita untuk budak-budak tetapi rasanya ramai juga mak cik pak cik, kakak abang yang tengok kartun tue...Emmm nak tau sebab pe?? Ye la kartun tue pun yang buatnya pun orang dewasa jugak kan...mana ada budak-budak... kartun tue pun banyak mengingatkan zaman kanak-kanak kita masa dulu-dulu. Zaman sekarang mana ada budak-budak main tarik upih, baling kasut, konda kondi, main getah yang zero point la dan macam-macam lagi...bestnya zaman budak-budak dulu. Tak macam sekarang hehehe dari baby dah ajar alat teknologi canggih, pastu dah besar mengadap komputer, ipad, tab, handphone je memanjang...tak advanture... nie cuma pengenalan je..saja nak share... :-).
Kenapa 'J@Ri jEm@Ri Ej@' ??? Dalam blog ni saya nak share apa saja pengetahuan atau ilmu dan hasil kerja dari tangan saya walaupun tak seberapa tetapi saya harap-viewer akan berpuas hati dan boleh mencuba serta mendapat inspirasi/idea untuk rujukan dan sebagainya..
Di pagi raya bersama suami
Bersama keluarga suami
Bersama mak n abah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan