Jumaat, 21 Jun 2013

Masak LOmak Pucuk Paku

Masak LOmak Pucuk Paku

Bahan-bahan:
  • Pucuk paku (kutip kat belakang rumah je :-)
  • 2 cawan santan / 1/2 biji kelapa
  • Sedikit ikan bilis/udang kering
  • 6-10 biji cili padi
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 sudu tea serbuk kunyit 
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 cawan air
  • 1 keping asam gelugur
  •  Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:

1. Tumbuk / kisarkan cili padi, bawang merah & ikan bilis.
2. Kemudian ketuk serai manakala bunga kantan dihiris halus-halus
3. Masukkan kesemua bahan ditumbuk bersama pucuk paku ke dalam periuk.
4.Masukkan air dan kacau sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih bolehlah masukkan santan, asam gelugor serta garam dan kacau sehingga masak.
6. Setelah masak bolehlah dihidangkan untuk santapan keluarga anda...

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN... :-)

Khamis, 20 Jun 2013

Singgang Ikan Tongkol

Singgang ikan
  •  Seekor ikan tongkol sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1 biji tomato
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 keping asam gelugor
  • 7 biji cili padi
  • garam secukupnya
  • 4 cawan air
Cara-cara memasak:

1. Ikan dipotong 3 bahagian dan bersihkan.
2. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendidih.
4. Sedia dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN... :-)

Rabu, 19 Jun 2013

~Koleksi peralatan menjahit ku~

Sekadar untuk kita berkongsi bersama-sama...

My Bobbin & benang sulam
Pin set & mini cushion
Mini cushion untuk jarum & pin 
Koleksi memori kad
Benang polyster untuk bobbin sulam
Alat untuk memetri sulam supaya nampak kemas
Rotary cutter-pemotong kain
Hoop A & grid -ram/acuan untuk sulam
Bahan untuk kraft sulam
Kain untuk sulam
Jenis kain yang digunakan untuk menyulam haruslah dapat sesuai dengan jarum, benang dan corak. Pilihlah kain dengan serat yang tidak terlalu rapat agar dengan mudah jarum dapat melaluinya.

Stabilizer
Stabilizer digunakan semasa membuat sulam supaya sulaman akan lebih kemas, gunalah stabilizer mengikut jenis kain/corak.

Mesin sulam Janome- MC350e
Cara-cara bagaimana menyulam menggunakan mesin sulam berkomputer Janome MC350e , kepada mereka yang membeli mesin sulam berkomputer daripada Apple, tapi masih agak ragu-ragu tentang cara menyulam menggunakan mesin sulam ni, mudah-mudahan dengan adanya tutorial ni anda akan lebih jelas tentang cara penggunaan mesin tersebut. sila clik http://www.nice2craft.com/2011/08/tutorial-teknik-asas-sulaman-mesin.html#axzz2WbcRLo00. SELAMAT BERTUTORIAL...

Mesin jahit biasa
Antara mesin yang saya gunakan JANOME, SINGER & JTRONIC
Inilah adalah antaranya alat-alat untuk saya menjahit, masih banyak lagi. Dari masa ke masa saya akan update di blog ini.  Dunia jahitan memang menyeronokkan sebabnya kita dapat menajamkan minda/otak kita supaya kreatif dan berfikir...klo tak percaya alamilah sendiri. Tambahan pula, alam jahitan kini sentiasa wujud dengan ciptaan-ciptaan terbaru darisegi design/corak, peralatan dan trend produk. Ini membuatkan kita semakin tidak sabar untuk mempelajarinya & menghasilkan sesuatu produk hasil buatan tangan kita sendiri...Itulah konsep 'J@Ri-jEm@RiEj@'. Akhir kata daripada saya:

"Better use your fingers to make/create your own product because it more meaningful to you when using its"
~Nor Fazilawati Bahar~

Ahad, 16 Jun 2013

Kenali jari-jemari eja

Me...NOR FAZILAWATI BT BAHAR

        Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T akhirnya dapat juga saya buat blog yang simple ni...   
 walaupun tak gah tapi ok lah untuk sebagai tontonan/sumber rujukan dan salah satu langkah untuk
saya tingkatkan hasil kerja saya..sebelum ni saya bekerja swasta habis belajar je terus kerja, tak
          minat  langsung nak cebur diri dalam alam perniagaan apa lagi belajar menjahit la, soal jual beli lagi tak
          pernah ambil kesah...selepas berkahwin, En. Suami mula cerita sedikit demi sedikit selok belok alam
          bisnes...dan saya mula bekerja dengan En. Suami dalam bisnes familinya... dan bermulalah minat sikit
          demi sedikit...tapi secara kecil-kecilan je la. Semoga saya semakin maju dalam bisnes, AMIN...
'J@Ri jEm@Ri Ej@'.....emmmm best ke, tajuk blog saya?? saya suka, saya suka..huhuhu mesti ramai akan cakap ni mesti pengaruh daripada cerita kartun 'Upin &Ipin' kan? walaupun cerita kartun tersebut cerita untuk budak-budak tetapi rasanya ramai juga mak cik pak cik, kakak abang yang tengok kartun tue...Emmm nak tau sebab pe?? Ye la kartun tue pun yang buatnya pun orang dewasa jugak kan...mana ada budak-budak... kartun tue pun banyak mengingatkan zaman kanak-kanak kita masa dulu-dulu. Zaman sekarang mana ada budak-budak main tarik upih, baling kasut, konda kondi, main getah yang zero point la dan macam-macam lagi...bestnya zaman budak-budak dulu. Tak macam sekarang hehehe dari baby dah ajar alat teknologi canggih, pastu dah besar mengadap komputer, ipad, tab, handphone je memanjang...tak advanture... nie cuma pengenalan je..saja nak share... :-).
Kenapa 'J@Ri jEm@Ri Ej@' ??? Dalam blog ni saya nak share apa saja pengetahuan atau ilmu dan hasil kerja dari tangan saya walaupun tak seberapa tetapi saya harap-viewer akan berpuas hati dan boleh mencuba serta mendapat inspirasi/idea untuk rujukan dan sebagainya..
INILAH SAYA & FAMILI
Di pagi raya bersama suami

Bersama keluarga suami

Bersama mak n abah